DEMO VERSION & UNDER CONSTRUCTION

Portal Rasmi – Demo & Testing Mode

Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT)

Tel +609 667 4240 / 4241
Fax +609 626 4466
Pelesenan +6011 3749 3746

OPERASI BERSEPADU DI SUNGAI CHERUL, KEMAMAN

12/06/2024 | Berita

LAUT dengan kerjasama Pejabat Pengarah Tanah & Galian Terengganu, Jabatan Pengairan & Saliran Daerah Kemaman, Pejabat Daerah & Tanah Kemaman dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Kemaman telah menjalankan pemeriksaan bersepadu bertempat di Sungai Cherul, Kemaman. Pemeriksaan ini diketuai oleh Pengarah Sumber Air Terengganu, Ybrs. Puan Safura binti Mad Juhari.


Tujuan operasi ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti aktiviti-aktiviti di Sungai Cherul yang mungkin mengakibatkan berlakunya kerosakan seperti runtuhan tebing dan hakisan di sungai tersebut. Operasi ini juga dilakukan bagi melihat keadaan runtuhan tebing di kawasan Sungai Cherul dengan menjemput beberapa agensi yang berkaitan bagi melontarkan pandangan dari pelbagai sudut mengikut kepakaran bahagian masing-masing dalam menjaga struktur tebing dan hakisan di sungai tersebut.


Pihak LAUT mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua agensi dan jabatan yang terlibat bagi menjayakan operasi ini.

PAUTAN PANTAS

Facebook

Lembaga Sumber Air Terengganu

Twitter

Lembaga Sumber Air Terengganu

Aduan SISPAA

Sistem Pengurusan Aduan Awam