Hari Laut Sedunia kali ini menggariskan banyak sasaran, namun antara yang mencengkam perhatian ialah tumpuan ke atas produk petroleum yang paling popular iaitu π΄πΆπ±πͺπ¬, melalui ayat Inggeris di atas. LAUT bawakan perhatian ke atas isu ini kerana baru minggu lepas Malaysia dikejutkan dengan satu fakta iaitu rakyat Malaysia memakan π΄πΆπ±πͺπ¬ mikro tertinggi dalam dunia.
ππΆπ±πͺπ¬ mikro atau nama asalnya πππππππππ π‘ππ adalah cebisan plastik yang sama halus dengan rambut. Ia terampai di seluruh air sungai dan laut, serta tanah. Asal-usul plastik halus ini adalah contohnya dari gelas plastik teh peng pior dibeli di tepi jalanan, sudu dan garfu rumah terbuka aidilfitri, atau pendek kata dari kebanyakan plastik yang kita gunakan setiap hari.
Apabila ia dibuang merata, ia hancur menjadi cebisan, dan seterusnya masuk ke makanan harian kita. Jadilah kita pemakan π΄πΆπ±πͺπ¬ mikro terbanyak di dunia. Selaras dengan saranan Hari Laut Sedunia 2024, LAUT ingin menyeru para pembaca untuk bersama kurangkan penggunaan π΄πΆπ±πͺπ¬ dan paling penting, haramkan ia dari dibuang ke mana-mana sumber air. Jangan kotori air minuman anak cucu kita dengan π΄πΆπ±πͺπ¬ dan gerombolannya.

