Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) Bil.1/2024 telah diadakan pada 7 April 2024 bertempat di Kediaman Seri Iman. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar.
Mesyuarat ini diadakan bagi melaporkan, membincang, meneliti dan membuat keputusan dalam menambahbaik pengoperasian jabatan.
Agenda mesyuarat menjurus kepada pelaporan aktiviti LAUT sepanjang tahun 2023 dan perancangan program serta halatuju LAUT bagi tahun 2024. Semoga segala perkara yang dibincangkan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.










